Assalamualaikum, maaf lama tak menukil di sini.
Sekadar meluahkan apa yang bermain difikiran, sementelah dalam pejalanan menuju Masjid Tsukuba untuk daurah Fuyu 2010.
Menyentuh tajuk di atas, saja mengalih dimensi fikir sebagai pekerja ladang. Membayangkan diri sendiri sebagai pekebun. Pekebun yang diberi amanah untuk memastikan ladang yang diberikan kepadanya benar-benar membuahkan hasil.
Caranya terpulang, yang penting gunakanlah segala ilmu yang ada, segala kepakaran dan peralatan yang mampu dibeli, fokusnya hanya semata menghasilkan pulangan untuk kegunaan masa akan datang. Pilihlah kawan-kawan pekebun yang lain yang boleh dipercayai untuk sama-sama berunding dan berhempas pulas menghulur kerjasama untuk mencapai cita yang sama.
Cuma kadang-kadang kita diberi pilihan. Di sebelah ladang kita juga ada ladang yang juga sedang dalam proses gembur tanah, penyediaan bagi menabur benih, sama tidak jauh bezanya seperti kita.
Kehadiran ladang satu lagi ini, walaupun mungkin saja sama usianya seperti usia ladang kita, kadang-kadang bisa saja mencuri masa bincang kawan-kawan kita yang lain. Mungkin melihatkan ladang yang satu lagi ini tanamannya sama, masalah-masalah taninya juga sama kita, maka muncul satu cita bagi kita dan kawan-kawan kita untuk menghayun cangkul disitu.
"Akhi, mungkin kita patut ke sana mengambil hasil", cadang seorag kawan.
"Mungkin dengan cara itu kita akan melipatgandakan hasil kita", sahut yang seorang lagi.
Begitulah, masa dan malah tenaga fikir juga kadang-kadang dilarikan melihatkan peluang yang ujud itu takut terlepaskan pada yang lain.
Cuma, angan-angan kita untuk melipatgandakan output dari ladang kita sendiri disentap oleh peringatan yang penting.
"Akhi rasa, ladang kita ni dah berbuah banyak ke?"
Yang nyata jawapannya masih negatif. Kita masih lagi dalam proses memilih benih-benih yang boleh dijadikan induk untuk lebih membuahkan hasil yang tinggi kualitinya di masa hadapan, di ladang kita, yang pada awalnya, itulah yang diamanahkan kepada kita sebenarnya.
Maka kita membuat pertimbangan, dimana logiknya kita sibuk menimbang hasil di ladang orang lain sedang kerja kita di ladang sendiri masih belum selesai, malah masih lagi bertimbun?
Takpelah...yang penting kita tahu bahawa untuk kualiti hasil yang baik bagi mana-mana ladang, laluannya panjang malah susah dan perlukan masa yang lama.
Itulah yang kita selalu dipesankan...
Selamat Tahun Baru 2010